Gambaran keseluruhan projek
Setiap projek GarageBand mempunyai sifat yang termasuk tempo, kunci dan tandatangan masa projek. Anda boleh mengesetkan sifat projek semasa anda mencipta projek dan menukarnya kemudian semasa anda bekerja. Sesetengah sifat projek, seperti tempoh, perlu disetkan semasa anda mencipta projek jika boleh, kerana ia boleh mempengaruhi main balik rakaman atau fail media yang anda tambah pada projek.
Anda boleh menukar sifat projek dalam LCD, yang terletak di bahagian tengah bar kawalan.