Kawal main balik dengan butang pengangkutan
Anda boleh menggunakan butang pengangkutan dalam bar kawalan untuk mengawal main balik, mengesetkan kedudukan penunjuk main dan memulakan atau menghentikan rakaman.
Kawal main balik dengan butang pengangkutan
Klik mana-mana daripada yang berikut:
-
Butang Putar Balik/Putar Balik Pantas: Mengalihkan penunjuk main satu bar ke kiri. Klik-tahan untuk putar balik pantas.
-
Butang Maju/Maju Pantas: Mengalihkan penunjuk main satu bar ke kanan. Klik-tahan untuk maju pantas.
-
Butang Henti: Menghentikan main balik atau rakaman. Klik masa kedua untuk mengalihkan penunjuk main ke permulaan projek, atau ke permulaan kawasan Kitaran.
-
Butang Main: Memulakan main balik pada kedudukan penunjuk main atau dari permulaan kawasan kitaran. Anda juga boleh memulakan atau menghentikan main balik dengan menekan bar Space.
-
Butang Rakam: Memulakan atau menghentikan rakaman pada trek yang didayakan rakaman.