Gunakan kawasan kitaran

Anda boleh menggunakan kawasan kitaran untuk memainkan bahagian tertentu projek secara berulang kali. Kawasan kitaran boleh digunakan untuk mengubah, berlatih bahagian tertentu sebelum rakaman, merakam berbilang kali dan untuk tujuan lain.

Rajah. Pembaris bar dengan kawasan kitaran antara pencari kiri dan kanan.

Apabila mod Kitaran diaktifkan, kawasan kitaran dipaparkan sebagai jalur kuning di bahagian atas pembaris (atau di bahagian tengah, dengan pembaris kedua kelihatan). Apabila mod Kitaran dinyahaktifkan, kawasan kitaran tidak lagi kelihatan.

Aktifkan atau nyahaktifkan mod Kitaran

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Klik butang Kitaran dalam bar kawalan (atau tekan C).

    Rajah. Mengklik butang Kitaran.
  • Klik bahagian atas pembaris.

Setkan kawasan kitaran dalam pembaris

  • Seret kiri atau kanan dalam bahagian atas pembaris.

Kawasan kitaran muncul sebagai jalur kuning dalam pembaris dan mod Kitaran diaktifkan.

Alihkan kawasan kitaran

  • Sambar jalur kitaran kuning di bahagian tengah (penuding bertukar menjadi tangan) dan seretnya secara mendatar.

Saiz semula kawasan kitaran

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Sambar pinggir kiri atau kanan kawasan kitaran untuk mengalihkan titik mula atau tamat.

  • Shift-klik kedudukan dalam pembaris.

    Tindakan ini berfungsi walaupun kawasan kitaran tidak kelihatan, atau mod Kitaran dinyahaktifkan.