Cipta, simpan dan padamkan projek
Anda mula bekerja dalam GarageBand dengan mencipta projek baru. Dalam Pemilih Projek, anda boleh memilih templat untuk digunakan sebagai titik mula projek baru.
Setiap projek mempunyai sifat projek; tempo, kunci dan tandatangan masa projek. Anda boleh mengesetkan sifat projek semasa anda mencipta projek dan menukarnya kemudian semasa anda bekerja. Untuk maklumat lanjut mengenai sifat projek, lihat Gambaran keseluruhan projek.
Jika anda tidak lagi mahu menyimpan projek, anda boleh memadamkannya daripada komputer anda.
Cipta projek
Pilih Fail > Baru (atau tekan Command-N).
-
Dalam Pemilih Projek, pilih pilihan dari senarai di sebelah kiri:
Untuk melihat semua templat projek yang tersedia: Klik Projek Baru.
Untuk melihat projek yang dibuka baru-baru ini: Klik Terbaru.
Pilih templat.
-
Untuk mengedit seting projek untuk projek, klik segi tiga Butiran dalam bahagian kiri bawah Pemilih Projek dan lakukan mana-mana daripada berikut:
Untuk mengesetkan tempo projek: Seret gelangsar Tempo, masukkan tempo dalam medan Tempo atau klik butang Ketik Tempo beberapa kali.
Untuk mengesetkan kunci projek: Pilih kunci dari menu timbul Tandatangan Kunci, kemudian klik Major atau Minor.
Untuk mengesetkan tandatangan masa projek: Klik anak panah untuk menukar bilangan rentak atau dwiklik tandatangan masa dan masukkan tandatangan masa baru.
Untuk mengesetkan input audio: Pilih sumber input dari menu timbul Input Audio (untuk trek audio sahaja).
Untuk mengesetkan output audio: Pilih output (peranti) dari menu timbul Output Audio.
-
Klik Pilih.
Projek baru terbuka.
Buka projek sedia ada
Pilih Fail > Buka (atau tekan Command-O).
Cari dan pilih fail, kemudian klik Buka.
Anda juga boleh membuka projek GarageBand dengan menyeretnya ke ikon GarageBand dalam Dok.
Buka projek terbaru
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pilih Fail > Buka Terbaru, kemudian pilih projek anda.
Dalam Pemilih Projek, klik Terbaru, kemudian dwiklik projek.
Anda boleh mengosongkan semua item dalam submenu Buka Terbaru dengan memilih Kosongkan Menu.
Simpan projek semasa
Pilih Fail > Simpan.
Kali pertama anda menyimpan projek baru, dialog Simpan muncul. Dalam dialog Simpan, anda boleh menaip nama untuk projek dan memilih lokasi untuk menyimpannya.
Simpan projek dengan nama atau lokasi lain
Pilih Fail > Simpan Sebagai.
Dalam dialog Simpan Sebagai, masukkan nama baru untuk projek, kemudian klik Simpan
Padam projek
-
Cari projek dalam Finder.
Secara lalai, projek disimpan dalam subfolder GarageBand dalam folder Muzik pada komputer anda.
-
Seret projek ke Sampah.
Jika anda kemudian memutuskan mahu menyimpan projek, anda boleh menyeretnya keluar dari Sampah jika anda belum mengosongkan Sampah. Selepas anda mengosongkan Sampah, projek tidak boleh dipulihkan.
Pilih Finder > Kosongkan Sampah.