Eksport lagu ke cakera

Anda boleh mengeksport projek ke komputer anda sebagai fail audio stereo.

Fail yang dieksport boleh digunakan semula dalam GarageBand untuk menyimpan sumber pemprosesan dengan menggantikan atau melangkau berbilang rantau, instrumen dan kesan. Ia juga boleh digunakan dengan aplikasi muzik dan peranti lain, disiarkan ke Internet (pada halaman web atau dalam iTunes Store), ditambah pada senarai main iTunes, atau dimuat naik ke peranti mudah alih seperti iPhone atau iPad.

Eksport lagu ke cakera

  1. Pilih Kongsi > Eksport Lagu ke Cakera.

  2. Untuk menamakan semula fail yang dieksport, pilih nama dalam medan Simpan Sebagai, kemudian masukkan nama baru.

  3. Pilih lokasi untuk menyimpan fail yang dieksport dari menu timbul Tempat.

  4. Pilih format untuk fail yang dieksport (AAC, MP3 atau AIFF).

  5. Pilih seting kualiti untuk fail yang dieksport dari menu timbul Kualiti.

  6. Untuk mengeksport bahagian projek yang diliputi oleh rantau kitaran sahaja, atau hanya bahagian projek yang ditentukan oleh rantau yang dipilih, pilih kotak semak "Eksport rantau kitaran sahaja atau panjang rantau yang dipilih".

  7. Klik Eksport.

Keseluruhan projek, dari mula hingga ke hujung rantau terakhir, dieksport sebagai fail audio. Sebarang kesenyapan pada permulaan atau hujung projek akan dipotong. Jika kotak semak "Eksport rantau kitaran sahaja atau panjang rantau yang dipilih" dipilih, hanya bahagian projek antara permulaan dan penamatan kawasan kitaran atau bahagian yang ditentukan oleh rantau yang dipilih, akan dieksport.