Gambaran keseluruhan keutamaan GarageBand

Dalam GarageBand, anda boleh menentukan dan mengubah suai keutamaan yang digunakan pada semua projek. Anda boleh melakukan ini dalam tetingkap Keutamaan. Keutamaan ini disimpan secara automatik pada bila-bila masa anda keluar daripada aplikasi. Fail keutamaan umum, bernama com.apple.garageband10.plist, boleh ditemui dalam folder ~/Library/Preferences. Anda tidak boleh mengedit fail ini secara terus. Sebarang perubahan mesti dibuat dalam GarageBand. Jika anda memadamkan fail keutamaan, fail baru akan dicipta pada kali seterusnya anda membuka GarageBand. Semua keutamaan akan direset kepada nilai lalai.

Buka keutamaan GarageBand

  • Pilih GarageBand > Keutamaan atau tekan Command-Koma (,), kemudian pilih nama bagi anak tetingkap yang anda mahu buka.