Tambahkan Apple Loops pihak ketiga pada Pelayar Gelung

Anda boleh menambahkan Apple Loops pihak ketiga pada Pelayar Gelung dan menggunakannya dalam projek anda.

Tambahkan Apple Loops pihak ketiga

  • Seret Apple Loops dari Finder ke Pelayar Gelung.

GarageBand mengindeks semula Apple Loops dan tersedia dalam Pelayar Gelung untuk digunakan dalam projek anda.

Untuk akses mudah, anda boleh mengehadkan paparan gelung dalam Pelayar Gelung kepada Apple Loops pihak ketiga sahaja.