Tambah Apple Loops pada projek anda

Selepas mencari gelung dalam Pelayar Gelung dan menemui gelung yang anda mahu gunakan, anda boleh menambahnya pada projek anda. Dalam kawasan Trek, anda boleh mengalihkan, menyalin dan membuat perubahan lain pada gelung.

Banyak Apple Loops menjadi sebahagian daripada “keluarga” gelung. Gelung dari keluarga yang sama mempunyai nama yang sama, namun setiap satunya mempunyai nombor unik di hujungnya. Contohnya, Classic Rock Guitar 01 dan Classic Rock Guitar 02 tergolong dalam keluarga yang sama. Gelung dalam keluarga yang sama berfungsi baik bersama. Selepas anda menambah gelung pada projek anda, anda boleh menggantikannya dengan mudah dengan sebarang gelung lain dalam keluarga yang sama. Anda boleh mencuba gelung berlainan dalam keluarga yang sama dengan cepat untuk menentukan gelung yang anda suka.

Tambah gelung pada projek anda

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Seret gelung ke kawasan kosong pada kawasan Trek, di bawah trek sedia ada.

    Trek baru daripada jenis yang lebih sesuai (audio atau instrumen perisian) dicipta dan gelung ditambah pada trek baru.

  • Seret gelung audio (biru) pada trek audio.

  • Seret gelung instrumen perisian (hijau) ke trek instrumen perisian.

  • Seret gelung instrumen perisian (hijau) ke trek audio untuk menukarnya menjadi gelung audio.

Apple Loops yang ditambah sentiasa sepadan dengan tempo projek.

Pilih gelung berlainan dengan cepat dalam keluarga yang sama

  1. Klik anak panah atas dan bawah di penjuru kiri atas gelung.

  2. Pilih gelung baru dari menu timbul.

Gelung yang anda pilih menggantikan gelung asal.