Cari Apple Loops

Pelayar Gelung mengandungi gelung yang boleh anda tambah pada projek anda. Menggunakan kata kunci, anda boleh mencari gelung mengikut nama, instrumen, genre dan perasaan. Anda juga boleh memperhaluskan carian anda.

Rajah. Pelayar Gelung.

Buka Pelayar Gelung

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Klik butang Apple Loops Butang Apple Loops dalam bar kawalan.

  • Pilih Paparan > Tunjukkan Apple Loops (atau tekan O).

Layari untuk gelung

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Klik butang Paparan Butang Butang Paparan Butang, kemudian klik butang kata kunci untuk melihat fail yang sepadan dalam senarai hasil. Jika kata kunci dimalapkan, makan tiada gelung yang sepadan dengan kategori tersebut.

  • Klik butang Paparan Lajur Butang Paparan Lajur untuk melihat direktori fail lajur OS X standard yang dipisahkan secara hierarki kepada kriteria carian Semua, Kegemaran, Genre, Instrumen dan Suasana Perasaan. Pilih jenis kata kunci dalam lajur kiri, pilih kategori dalam lajur tengah, kemudian pilih kata kunci dalam lajur kanan untuk melihat fail sepadan dalam senarai hasil di bawah.

  • Klik Gelung di bahagian atas Pelayar Gelung dan dalam menu timbul yang muncul, pilih Pek Jam atau folder dengan gelung yang anda mahu lihat.

    Rajah. Menunjukkan menu timbul Gelung terbuka.

Kosongkan semua pilihan kata kunci

  • Klik butang Reset.

    Rajah. Butang reset dalam Pelayar Gelung.

Cari gelung mengikut nama

  • Masukkan istilah carian dalam medan carian, kemudian tekan Return.

    Rajah. Medan carian dalam Pelayar Gelung.

    Istilah carian boleh berbentuk abjad atau numerik. Sebarang fail yang sepadan dengan istilah carian anda akan dipaparkan dalam senarai hasil.

Petua: Anda boleh mengehadkan gelung instrumen perisian yang ditunjukkan dalam senarai hasil bagi Pelayar Gelung kepada yang dalam kunci dengan dua semiton di atas dan bawah kunci projek tersebut. Anda mengeset pengehadan carian ini dalam keutamaan Gelung.

Lihat atau kosongkan istilah carian terbaru

  • Untuk melihat istilah carian terbaru: Klik ikon kanta pembesar di sebelah kiri medan carian, kemudian pilih istilah carian dari menu timbul untuk memaparkan hasil.

  • Untuk mengosongkan istilah carian: Klik "x" kecil di sebelah kanan medan carian.

  • Untuk mengosongkan semua istilah carian: Klik ikon kanta pembesar di sebelah kiri medan carian, kemudian pilih Kosongkan Sejarah Carian dari menu timbul.