Gunakan plugin Unit Audio dengan GarageBand

Anda boleh menggunakan plugin Unit Audio dalam projek GarageBand anda untuk menambah bunyi dan kesan baru. Sesetengah Unit Audio mungkin dipasang pada komputer anda dan banyak lagi tersedia dari sumber lain. Anda boleh membeli plugin Unit Audio dari pelbagai vendor pihak ketiga dan mencari Unit Audio percuma di Internet.

Terdapat dua jenis plugin Unit Audio yang boleh anda gunakan dalam projek anda:

  • Plugin kesan: Ini termasuk kesan audio biasa seperti talun, pemampat, tunda dan kesan unik lain. Anda boleh menggunakan plugin kesan Unit Audio pada trek individu dan pada trek induk.

  • Plugin instrumen: Ini termasuk piano, organ, alat sintesis dan keyboard lain serta instrumen lain. Anda boleh menggunakan plugin instrumen Unit Audio pada trek instrumen perisian sahaja.

Anda menambah plugin Unit Audio pada pada trek (termasuk trek induk) dalam pemeriksa Kawalan Pintar. Anda boleh mengaktifkan dan menyahaktifkan plugin Unit Audio, menukarnya, mengedit setingnya dan mengeluarkannya sama seperti plugin yang disertakan dengan GarageBand. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Tambah dan edit plugin kesan.

Tambah plugin kesan Unit Audio

  1. Klik butang Pemeriksa Butang Pemeriksa dalam bar menu Kawalan Pintar, untuk membuka pemeriksa Kawalan Pintar.

  2. Dalam kawasan Plugin, klik slot plugin kosong, pilih kategori kesan, kemudian pilih plugin dari submenu Unit Audio.

    Tetingkap plugin terbuka, menunjukkan kawalan plugin.

    Rajah. Memilih plugin Unit Audio dari menu timbul Unit Audio dalam pemeriksa Kawalan Pintar.

Tambah plugin instrumen Unit Audio pada trek instrumen perisian

  1. Klik butang Pemeriksa Butang Pemeriksa dalam bar menu Kawalan Pintar, untuk membuka pemeriksa Kawalan Pintar.

  2. Dalam kawasan Plugin, klik slot Instrumen, pilih sama ada Penjana AU atau Instrumen AU, kemudian pilih plugin dari submenu.

    Tetingkap plugin terbuka, menunjukkan kawalan plugin.

Menambah plugin instrumen Unit Audio menggantikan plugin instrumen asal. Anda boleh kembali kepada plugin instrumen asal dengan memilih tampalan sekali lagi dalam Pustaka.