Gambaran keseluruhan editor

Anda boleh mengedit rantau dari rakaman anda, Apple Loops dan fail audio diimport dalam editor. Jenis edit yang boleh anda buat bergantung pada jenis rantau:

  • Rantau audio: Anda boleh memisahkan, menyambung, menamakan semula dan mentransposisikan rantau audio yang dicipta dari Apple Loops atau rakaman (biru). Anda juga boleh mengesetkan sama ada rakaman audio dan gelung mengikuti tempo projek, melaraskan penalaannya dan meningkatkan pemasaannya.

  • Rantau MIDI: Anda boleh menamakan semula dan mentransposisikan rantau MIDI, meningkatkan pemasaan dan mengedit nota serta maklumat pengawal. Anda juga boleh melihat dan mengedit rantau MIDI dalam paparan skor dalam editor.

  • Rantau Drummer: Anda boleh memilih genre dram, drummer dan praset dan mengedit seting rantau Drummer untuk mengawal aspek berlainan prestasi drummer.

  • Fail audio: Anda boleh memisahkan, menyambung dan menamakan semula rantau dari fail audio yang diimport (jingga).

Anda boleh mengedit rantau dalam editor. Editor ialah seperti mikroskop yang menunjukkan gambaran dekat bahagian trek dalam kawasan Trek. Untuk trek audio, editor menunjukkan bentuk gelombang rantau dalam trek. Untuk trek instrumen perisian, editor menunjukkan rantau dalam trek dalam sama ada paparan "lembaran piano" atau paparan skor.

Editor mempunyai pembaris dan penunjuk main sendiri serta grid sendiri.

Anda boleh mengezum editor secara bebas daripada kawasan Trek menggunakan gelangsar zumnya. Anda juga boleh mensaiz semula editor untuk memberi anda lebih banyak ruang bekerja.

Saiz semula editor secara menegak

  • Seret bar di bahagian atas editor ke atas atau bawah.

Zum editor

  • Seret gelangsar zum yang terletak di penjuru kanan bar menu editor.