Padam, reset dan alihkan penanda flex

Apabila anda memadamkan penanda flex, sebarang perubahan masa dalam kawasan di sekeliling penanda flex sama ada dikeluarkan (dan bahan audio dikembalikan kepada keadaan asalnya) atau direset untuk mengikuti penanda flex sebelumnya atau kedudukan mula rantau dan penanda flex berikutnya atau kedudukan tamat rantau.

Anda boleh memadamkan penanda flex yang ditambah secara manual sahaja atau semua pengeditan flex yang dilakukan pada fail audio, yang termasuk pengkuantuman audio.

Anda juga boleh menukar kedudukan penanda flex dalam rantau audio tanpa menukar pemasaan bahan audio sebelum atau selepas penanda flex.

Padamkan penanda flex dari rantau audio

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Letakkan penuding ke atas penanda flex, kemudian klik "x" dalam pengepala rantau.

  • Dwiklik penanda flex.

Alihkan penanda flex tanpa meregangkan masa

  • Tahan Option semasa anda menyeret penanda flex