Kuantumkan pemasaan rantau audio

Anda boleh mengkuantumkan, atau membetulkan secara automatik, pemasaan rantau pada trek audio. Teknik ini berguna terutamanya apabila rantau pada trek mengandungi not yang betul namun tidak selaras dengan tempoh projek.

Apabila anda mengkuantumkan pemasaan, rantau yang dipilih pada trek yang dipilih akan dilaraskan pada nilai not yang dipilih. Anda boleh mengkuantumkan pemasaan rantau dengan dram, instrumen not tunggal dan instrumen kord atau polifonik.

Jika trek mengandungi fail audio yang diimport (oren) dan anda mahu mengkuantumkan pemasaan fail audio, kotak semak Ikuti Tempo & Pic perlu dipilih untuk setiap fail audio.

Kuantumkan pemasaan rantau audio yang dipilih

  1. Dalam kawasan trek, pilih rantau audio yang anda mahu kuantumkan. Rantau perlu berada pada trek audio yang sama.

  2. Pastikan tab Rantau dipilih dalam pemeriksa Editor Audio.

  3. Pilih nilai not untuk digunakan sebagai asas kepada pengkuantuman pemasaan dari menu timbul Kuantum Masa.

    Rajah. Pemeriksa Editor Audio, menunjukkan menu timbul Kuantum Masa dan gelangsar Kekuatan
  4. Seret gelangsar Kekuatan ke kiri untuk mengurangkan kekuatan pengkuantuman.