Betulkan pic rantau pada trek audio

Anda boleh melaraskan (betulkan) penalaan trek audio. Proses ini sangat berguna apabila anda merakam rantau audio yang mempunyai "rasa" dan pemasaan yang betul namun tidak betul-betul ditala.

Apabila anda membetulkan penalaan, semua rantau pada trek yang dipilih (rakaman dan juga gelung anda) dilaraskan. Melaraskan penalaan boleh menghasilkan hasil yang tepat hanya untuk rantau audio not tunggal (monofonik), jadi pastikan trek tidak termasuk rantau dengan kord atau bunyi tanpa pic.

Secara lalai, not dilaraskan kepada not paling hampir pada skala kromatik (12 not). Anda juga boleh mengehadkan pembetulan pic pada not bagi kunci projek.

Betulkan pic rantau audio

  1. Dalam kawasan Trek, pilih rantau yang anda mahu betulkan.

  2. Pastikan tab Trek dipilih dalam pemeriksa Editor Audio.

  3. Seret gelangsar Pembetulan Pic ke kanan untuk meningkatkan amaun pelarasan penalaan atau seretnya ke kiri untuk mengurangkan amaun pelarasan.

    Rajah. Pemeriksa Editor Audio dalam mod Trek, menunjukkan gelangsar Pembetulan Pic dan kotak semak Hadkan pada Kunci
  4. Untuk mengehadkan pembetulan pic pada not dalam kunci projek, pilih kotak semak Hadkan pada Kunci.