Potong, salin dan tampal rantau dalam kawasan Trek

Anda boleh memotong atau menyalin rantau dalam kawasan Trek dan menampalnya pada kedudukan berlainan. Anda juga boleh menampal rantau yang disalin pada kedudukan yang sama, untuk menggandakan rantau dengan cepat untuk digunakan pada trek lain.

Potong rantau

  • Pilih rantau, kemudian pilih Edit > Potong (atau tekan Command-X).

Salin rantau

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Pilih rantau dalam kawasan Trek, kemudian pilih Edit > Salin (atau tekan Command-C).

  • Option-seret rantau.

Apabila anda menyalin rantau audio, rantau baru mengekalkan nama asal, dengan nombor jujukan ditambah. Contohnya, untuk rantau yang bernama MyLoop, salinan pertama ialah MyLoop.1, salinan kedua ialah MyLoop.2 dan seterusnya.

Tampal rantau

  • Alihkan penunjuk main di titik dalam kawasan Trek yang anda mahu rantau bermula, kemudian pilih Edit > Tampal (atau tekan Command-V).