Pilih rantau dalam kawasan Trek

Untuk menjalankan beberapa edit pada rantau, anda mesti memilih rantau dahulu. Anda boleh memilih satu atau berbilang rantau, memilih rantau pada trek berlainan dan memilih rantau yang disenyapkan dengan cepat, rantau bertindan atau rantau yang memenuhi kriteria lain. Rantau yang dipilih muncul lebih cerah dalam kawasan Trek berbanding rantau yang tidak dipilih.

Pilih rantau

  • Klik rantau dalam kawasan Trek.

Pilih berbilang rantau

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Tahan Shift semasa anda mengklik rantau dalam kawasan Trek.

  • Seret di sekeliling rantau untuk merangkuminya.

Pilih semua rantau dalam trek

  • Klik pada pengepala trek.

Pilih semua rantau dalam projek

  • Pilih Edit > Pilih > Semua (atau tekan Command-A).