Lekatkan item pada grid

Kawasan Trek termasuk grid yang membantu anda menjajarkan rantau, titik automasi dan item lain dengan pembahagian masa dalam pembaris. Apabila anda melakukan sebarang tindakan berikut dan Lekat ke Grid diaktifkan, item beralih ke kedudukan seterusnya pada grid:

  • Mengalihkan dan mensaiz semula rantau

  • Mengalihkan penunjuk main

  • Melaraskan rantau kitaran

  • Menyeret gelung ke kawasan Trek

  • Mengalihkan titik automasi dalam lengkung automasi

Nilai grid bergantung pada seting zum semasa.

Aktifkan atau nyahaktifkan grid kawasan Trek.

  • Pilih Edit > Lekat ke Grid.