Untuk menambah filem pada projek anda

Anda boleh menggunakan fail filem dalam projek semasa anda mencipta lagu tema dalam GarageBand. Walaupun anda tidak boleh mengedit video secara terus, anda boleh menambah atau menggantikan bunyi dari fail filem dengan muzik dan dialog dalam projek anda.

Projek boleh mengandungi hanya satu fail filem. Anda boleh membuka filem dalam tetingkap Filem terapung, dan juga memaparkan bingkai filem dalam trek Filem. Apabila anda memainkan projek, filem turut dimainkan, dengan mengikut kedudukan penunjuk main.

Rajah. Tetingkap Filem terapung dan trek dengan audio dari filem

Anda boleh mensaiz semula tetingkap Filem dengan bebas dengan menyeret salah satu penjurunya.

Nota: Jika filem dalam format yang tidak disokong, isyarat akan muncul. Anda boleh menukar filem kepada format lain, kemudian cuba membukanya sekali lagi.

Tambah fail filem

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pilih Fail > Buka Filem.

    • Tunjukkan trek Filem, klik perkataan "Filem" dalam trek Filem, kemudian pilih Buka Filem.

  2. Cari fail filem, kemudian klik Buka.

Filem bermula pada permulaan projek. Audio filem muncul dalam trek audio di bawah trek Filem (atau, jika trek Filem tidak terbuka, trek audio paling atas). Untuk mengekalkan penyelarasan, filem atau audio filem tidak boleh dialihkan.

Anda boleh menyeret gelangsar di bahagian bawah tetingkap Filem atau menggunakan butang pengangkutan untuk menavigasi ke sebarang kedudukan dalam filem. Penunjuk main turut bergerak ke kedudukan masa yang sepadan.

Untuk menukar fail untuk projek, pilih Buka Filem sekali lagi, kemudian pilih fail filem baru dari dialog Buka. Anda juga boleh menyeret filem berlainan ke dalam projek.

Saiz semula tetingkap Filem

  • Seret sebarang penjuru tetingkap Filem.

Keluarkan filem daripada projek

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Pilih Fail > Filem > Keluarkan Filem.

  • Klik perkataan "Filem" dalam trek Filem, kemudian pilih Keluarkan Filem.