Perlahankan pelajaran

Semasa bermain bersama-sama pelajaran, anda mungkin perlu memperlahankannya untuk mempelajari perenggan yang sukar. Anda boleh memperlahankan pelajaran sehingga separuh kelajuan asal dan kemudian meningkatkan kelajuan secara beransur-ansur semasa anda berlatih perenggan, sehingga anda boleh memainkannya pada kelajuan biasa.

Tukar kelajuan pelajaran

  1. Seret gelangsar Kelajuan dalam bar kawalan ke sebelah kiri untuk memperlahankan pelajaran.

    Rajah. Gelangsar kelajuan
  2. Klik butang Main untuk mula memainkan pelajaran.

  3. Untuk melajukan pelajaran, seret gelangsar ke sebelah kanan.

    Anda boleh menukar kelajuan pelajaran semasa pelajaran dimainkan atau dihentikan. Apabila pelajaran dimainkan pada kelajuan lebih perlahan, suara guru tidak boleh didengar.