Dapatkan pelajaran Belajar Bermain tambahan

GarageBand mempunyai siri lengkap pelajaran Belajar Bermain yang mengajar anda perkara asas gitar dan piano. Satu pelajaran gitar dan satu pelajaran piano diprapasang pada Mac anda dan anda boleh memuat turun pelajaran tambahan dalam GarageBand. Anda juga boleh membeli dan memuat turun Pelajaran Artis, yang menampilkan lagu yang diajar oleh artis yang menjadikannya terkenal.

Anda boleh memilih pelajaran tambahan untuk dimuat turun dalam Pemilih Projek. Anda boleh mempratonton Pelajaran Artis sebelum anda membeli atau memuat turunnya.

Muat turun pelajaran tambahan

  1. Pilih Fail > Baru.

  2. Dalam Pemilih Projek, klik Kedai Pelajaran.

  3. Klik Pelajaran Gitar atau Pelajaran Piano, bergantung pada instrumen yang anda gunakan.

    Pelajaran yang boleh anda muat turun muncul dalam kawasan utama pada tetingkap.

  4. Klik jubin untuk pelajaran atau siri pelajaran untuk melihat maklumat untuk pelajaran atau siri tersebut.

  5. Untuk memuat turun pelajaran, klik butang Muat Turun atau klik butang Muat Turun semula untuk memuat turun siri pelajaran.

    Pelajaran mula dimuat turun. Bar kemajuan menunjukkan status muat turun. Selepas muat turun selesai, dwiklik pelajaran untuk membukanya.

Beli dan muat turun Pelajaran Artis

  1. Pilih Fail > Baru.

  2. Dalam Pemilih Projek, klik Kedai Pelajaran.

  3. Klik Pelajaran Artis.

    Pelajaran Artis untuk gitar dan juga piano muncul dalam kawasan utama tetingkap. Anda boleh menskrol untuk melihat pelajaran tambahan.

  4. Klik Pelajaran Artis untuk melihat halaman pratonton pelajaran.

  5. Pada halaman pratonton, klik butang Main untuk memulakan pratonton. Anda boleh menggunakan kawalan lain untuk melaraskan kelantangan dan bergerak ke depan dan belakang dalam pratonton.

  6. Untuk membeli Pelajaran Artis, klik butang Beli Sekarang (memaparkan harga) untuk pelajaran.

  7. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Jika anda mendaftar masuk ke Kedai Pelajaran, pelajaran mula dimuat turun. Bar kemajuan menunjukkan status muat turun. Selepas muat turun selesai, dwiklik pelajaran untuk membukanya.

    • Jika anda tidak mendaftar masuk, masukkan Apple ID dan kata laluan anda dalam tetingkap Daftar Masuk, kemudian klik Daftar Masuk.

    • Jika anda pelanggan baru, klik “Cipta Apple ID sekarang,” masukkan maklumat pengguna anda dan klik Teruskan, kemudian masukkan maklumat pembayaran anda dan klik Beli Sekarang. Anda kemudian boleh menggunakan akaun anda untuk membeli pelajaran, membeli barangan dalam Apple Online Store dan membeli media dalam iTunes Store.

Jeda muat turun pelajaran

  • Klik butang Jeda di sebelah kanan bar kemajuan.

    Untuk meneruskan muat turun, klik butang Jeda sekali lagi.

Padam pelajaran

  1. Pilih pelajaran dalam Pemilih Projek.

  2. Tekan kekunci Padam.

  3. Klik Keluarkan dalam dialog yang muncul.

    Anda boleh memadamkan pelajaran semasa ia sedang dimuat turun atau semasa menunggu muat turun bermula. Anda juga boleh memadamkan pelajaran yang telah dimuat turun sebelum ini.