Pelayar Media

Menggunakan Pelayar Media, anda boleh mencari dan mengimport lagu dari pustaka iTunes anda dan filem dari folder Filem anda ke dalam projek GarageBand. Anda juga boleh mengimport projek GarageBand ke dalam projek semasa.

Rajah. Pelayar Media.
  • Butang Paparan: Bertukar antara paparan Audio dan Filem.

    • Tab Audio: Menunjukkan fail audio dalam pustaka iTunes dan folder Muzik anda.

    • Tab Filem: Menunjukkan fail filem dalam folder Filem dan pustaka iPhoto anda. Jika anda telah memasang Final Cut Pro X pada komputer anda, projek Final Cut Pro anda turut muncul dalam tab Filem.

  • Senarai hasil: Memaparkan fail media dalam lokasi yang dipilih.

  • Butang Main: Klik untuk memainkan fail media yang dipilih atau hentikan main balik jika fail dimainkan.

  • Medan carian: Masukkan teks untuk mencari fail media mengikut nama.

Buka Pelayar Media

  • Klik butang Pelayar Media Butang Pelayar Media dalam bar kawalan.

  • Pilih Paparan > Tunjukkan Pelayar Media (atau tekan F).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan Pelayar Media, lihat Gunakan Pelayar Media.