Editor Skor

Editor Skor memaparkan rantau MIDI sebagai notasi muzik, termasuk not, rehat dan penandaan pedal kekal. Anda boleh menambah dan mengedit not dan simbol muzik lain.

Rajah. Editor Skor.
  • Bar menu Editor Skor: Mengandungi menu timbul Grid dan gelangsar zum.

  • Pemeriksa Editor Skor: Mengandungi kawalan untuk mengkuantumkan pemasaan not dan melaraskan pic serta kelajuan not.

  • Kawasan Paparan: Menunjukkan not dalam rantau MIDI sebagai notasi muzik.

  • Pembaris: Menunjukkan pembahagian masa agar anda boleh menjajarkan dan mengedit not pada kedudukan masa yang tepat.

  • Penunjuk main: Menunjukkan kedudukan main balik semasa.

Buka Editor Skor

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Dwiklik rantau MIDI dalam kawasan Trek, kemudian klik Skor.

  • Pilih trek instrumen perisian, kemudian klik butang Editor Butang Editor dalam bar kawalan, kemudian klik Skor.

  • Pilih trek instrumen perisian, pilih Paparan > Tunjukkan Editor, kemudian klik Skor.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penggunaan Editor Skor, lihat Gambaran keseluruhan Editor Skor.