Setkan paras kelantangan trek

Anda boleh mengesetkan paras kelantangan setiap trek, untuk mengimbangi kelantangan relatif trek dalam projek anda.

Laraskan paras kelantangan trek

  • Dalam pengepala trek, seret gelangsar Kelantangan ke kiri atau kanan untuk menurunkan atau menaikkan paras kelantangan.

    Rajah. Pengepala trek menunjukkan gelangsar Kelantangan

    Nota: Anda mungkin perlu mensaiz semula pengepala trek untuk melihat gelangsar Kelantangan.

  • Option-klik gelangsar untuk mengembalikannya kepada paras neutral (peningkatan 0 dB).

Meter paras dalam gelangsar Kelantangan trek menunjukkan kelantangan output bagi trek semasa projek dimainkan. Anda boleh melihat meter paras semasa anda merakam trek untuk melihat sama ada penggalan berlaku pada trek.