Cipta trek

Anda menambah trek pada projek untuk menyimpan rakaman, gelung dan bahan lain. Apabila anda menambah trek, anda boleh memilih jenis trek, format, input dan sumber (untuk trek audio) dan output. Pilihan dalam dialog Trek Baru berbeza-beza, bergantung pada jenis trek yang anda cipta.

Trek baru muncul dalam kawasan Trek.

Cipta trek baru

  1. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pilih Trek > Trek Baru (atau tekan Option-Command-N).

    • Klik butang Tambah Trek Butang Tambah Trek di atas pengepala trek.

  2. Pilih jenis trek di bahagian atas dialog Trek Baru.

  3. Untuk trek audio, pilih sumber input dari menu timbul Input.

  4. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Untuk mengaktifkan pemantauan untuk trek audio: Pilih kotak semak “Saya mahu mendengar instrumen saya semasa saya bermain dan merakam”.

    • Untuk mendayakan trek audio bagi rakaman: Pilih kotak semak “Sediakan trek audio baru untuk rakaman segera”.

    • Untuk menukar peranti input: Di bawah menu timbul Input, baris teks menunjukkan peranti input semasa. Klik anak panah bersebelahan teks, kemudian tukar peranti dalam anak tetingkap keutamaan Audio.

    • Untuk menukar peranti output: Di bawah menu timbul Output, baris teks menunjukkan peranti output semasa. Klik anak panah bersebelahan teks, kemudian tukar peranti dalam anak tetingkap keutamaan Audio.

  5. Klik cipta.

    Trek baru muncul dalam kawasan Trek dan Pustaka terbuka agar anda boleh memilih tampalan untuk trek.

    Rajah. Pustaka dengan tampalan dipilih

    Untuk mendapatkan maklumat mengenai memilih tampalan, lihat Pilih tampalan.

Cipta trek baru dengan seting yang sama seperti trek yang dipilih

  • Pilih Trek > Trek Baru dengan Seting Duplikasi.