Setkan tempo

Anda boleh mengesetkan tempo projek asas dalam LCD. Tempo dipaparkan dalam rentak per minit (bpm), yang berjulat dari 5 hingga 990 bpm. Anda juga boleh mengesetkan tempo menggunakan papan kekunci komputer anda. Apabila anda menambah Apple Loops pada projek anda, ia sepadan dengan tempo projek.

Setkan tempo projek dalam LCD

  • Klik ikon di sebelah kiri LCD dan pilih Rentak & Projek, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Klik-tahan nilai tempo dan seret ke atas atau bawah.

    • Dwiklik nilai tempo, kemudian masukkan nilai baru dalam medan Tempo.

      Rajah. LCD dalam bar kawalan, mengedit tempo

Anda juga boleh menambah perubahan tempo menggunakan trek Tempo. Untuk maklumat mengenai trek Tempo, lihat Gambaran keseluruhan trek.